Quick Navigation

Topics

Quantum Channels Communication Theory Quantum Control Pulse Engineering Measurement Theory Discrimination

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DI SEKOLAH

Crossref
Authors: NORSYAHIDA MAT NAZIR, SYED LAMSAH SYED CHEAR, NORAZLY NORDIN, SATURIA AMIRUDDIN

Year

2024

Paper ID

4992

Status

Peer-reviewed

Abstract Read

~2 min

Abstract Words

263

Citations

0

Abstract

Kepentingan pengalaman pembelajaran di peringkat usia prasekolah adalah penting tetapi perlu selari dengan tahap perkembangan dan pertumbuhan mereka. Pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak akan bertambah baik sekiranya mereka mengambil bahagian secara aktif dalam pengalaman pembelajaran. Mereka perlu mengalami sesuatu secara konkrit iaitu mereka boleh melihat, merasakan, memanipulasi, menyentuh, mendengar, dan kadang-kadang merasai sesuatu untuk mengetahui cara ia berfungsi. Antara strategi pembelajaran yang boleh dilaksanakan adalah pendekatan visual (belajar melalui melihat), auditori (belajar melalui pendengaran), sentuhan (belajar melalui sentuhan), dan kinestetik (belajar melalui melakukan dan bergerak). Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap amalan dan keberkesanan pengajaran kontekstual dalam kalangan guru-guru prasekolah. Kajian di lakukan di institusi prasekolah dalam daerah Hulu Selangor, Selangor. Analisis data adalah berdasarkan maklum balas guru-guru yang diperoleh melalui borang soal selidik. Edaran borang soal selidik dibuat melalui platform dalam talian (google form) kepada senarai institusi yang telah dikenalpasti. Skop kajian mencakupi empat dimensi iaitu (i) tahap pengetahuan guru (7 item), (ii) amalan pengajaran kontekstual (7 item), (iii) perubahan tingkah laku kanak-kanak (10 item), serta (iv) faktor-faktor menjayakan pengajaran kontekstual (6 item). Sebanyak 83 maklum balas diterima. Dapatan kajian menujukkan bahawa tahap pengetahuan guru mempunyai hubungan yang positif terhadap amalan pengajaran guru dalam bilik darjah dan perubahan tingkah laku kanak-kanak. Di samping itu, kesemua faktor sokongan iaitu memiliki prosedur yang sistematik, penetapan hasil pembelajaran yang spesifik, contoh-contoh dalam pengajaran yang berdasarkan persekitaran sekeliling, kaedah penilaian yang standard, kesinambungan pengajaran dan kesungguhan guru memainkan peranan untuk menjayakan amalan pengajaran kontekstual. Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh kalangan pengusaha dan pentadbir khususnya di tadika swasta untuk merangka strategi pembangunan guru bagi meningkatkan amalan dan keberkesanan pengajaran kontekstual.

Why This Paper Matters

  • This paper contributes to the Measurement Theory & Discrimination research area in the Quantum Articles archive.
  • It adds a 2024 reference point for readers tracking recent quantum research.
  • Kepentingan pengalaman pembelajaran di peringkat usia prasekolah adalah penting tetapi perlu selari dengan tahap perkembangan dan pertumbuhan mereka.

Paper Tools

Become a member to use research tools

Sign in to open papers, visit source links, share, cite, compare, copy DOI links, request category corrections, and build your reading list.

Show Paper Publisher Share Cite This Paper Copy URL Compare Copy DOI Add to Reading List Category Correction Request

References & Citation Signals

Local Citation Graph (Related-Paper Links)

Current Paper #4992

External citation index: OpenAlex citation signal • updated 2026-06-13 09:05:40

Community Reactions

Quick sentiment from readers on this paper.

Score: 0
Likes: 0 Dislikes: 0

Sign in to react to this paper.

Discussion & Reviews (Moderated)

Average Rating: 0.0 / 5 (0 ratings)

No written reviews yet.